about me

about me
hi!!!!

Isi kandungan

Friday, October 26, 2007

Maklumat pekerjaan

Responden yang bekerja di syarikat swasta mencatatkan peratusan terbesar iaitu sebanyak 40%. Suri rumah mencatatkan peratusan sebanyak 25%. Responden yang bekerja di sektor awam pula sebanyak 15%. Manakala bagi responden yang bekerja sebagai peniaga dan yang telah pencen masing-masing mencatatkan sebanyak 10%.

Maklumat bangsa



Majoriti responden yang kami temui terdiri daripada bangsa Melayu iaitu sebanyak 80%. Manakala 20% responden lagi terdiri daripada bangsa India. Responden-responden ini kebanyakkannya menyatakan kisah sedih mereka berhubung dengan pengalaman banjir yang lepas. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk tidak membawa mereka mengimbau kembali mimpi ngeri berkenaan. Kami juga cuba menumpukan kepada fokus kajian kami berkenaan impak banjir keatas keadaaan kemudahan infrastruktur.

Kemudahan infrastruktur yang ada


Kebanyakkan keadaan infrastruktur di kawasan-kawasan yang dikaji musnah teruk. Jalan raya rosak dan berlubang begitu juga dengan keadaan turapan jalan juga sudah rosak teruk. Kebanyakkan longkang yang ditemui di kawasan yang terlibat pula tersumbat dan ada juga yang pecah selepas berlakunya banjir. Hal ini berbeza sekali dengan keadaan sebelum banjir seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan responden. Mereka menyatakan kemudahan infrastruktur berada dalam keadaan baik sebelum berlakunya banjir. Keadaan sebelum banjir amat berbeza sekali dengan apa yang dilihat sekarang.

80% responden menyatakan bahawa kemudahan infrastruktur telah dan sedang diperbaiki oleh pihak yang bertanggungjawab. Banyak longkang telah dibina baru dan diperdalamkan serta satu projek besar sedang dijalankan bagi mendalamkan sungai Johor dengan cara menyedut pasir. Pasir yang disedut akan disalurkan kepada Pejabat Tanah untuk diuruskan.




Daripada hasil kajian kami, seramai 50% responden yang berjaya ditemubual adalah terdiri daripada penduduk Kampung Tembioh, 35% lagi adalah penduduk dari Kampung Kelantan dan selebihnya iaitu seramai 15% lagi tinggal di lain-lain tempat yang berhampiran dengan Bandar Kota Tinggi.

Sunday, October 21, 2007

Dasar Urbanisasi Negara

Latar belakang
Setakat ini tidak ada dasar Urbanisasi Negara yang komprehensif dan yang telah diisytiharkan secara rasmi oleh kerajaan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa strategi dan pendekatan berhubung dengan pembangunan bandar terutamanya dalam konteks pencapaian matlamat pembangunan negara yang berasaskan DEB. Kerajaan menganggap bahawa proses urbanisasi yang dirancang dan dikawal adalah merupakan satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB disamping memupuk perseimbangan ekonomi di antara bandar dan luar bandar. Selaras dengan ini kerajaan telah menubuhkan dua Jawantankuasa Tertinggi, satu dianggotai oleh ahli-ahli politik dengan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan satu lagi dianggotai oleh pegawai- pegawai Tadbir dengan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Tugas kedua-dua jawatankuasa ini ialah untuk merancang dan merangka satu dasar Urbanisasi Negara yang lengkap dan komprenhensif. Rasional Pembangunan bandar yang seimbang adalah merupakan sebahagian daripada strategi yang penting untuk memupuk satu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan tercapai melalui pengurangan jurang perbezaan antara wilayah supaya faedah daripada pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas bandaran dapat diagihkan secara meluas dan saksama di seluruh negara. Dalam hal ini pembentukan dasar urbanisasi negara akan dapat mewujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang lebih teratur dalam satu rangkaian pusat-pusat bandar yang lebih padat dan yang mengandungi bandar-bandar yang berbeza dari segi saiz dan peranannya. Rantaian perhubungan antara bandar dengan luarbandar yang lebih berkesan bukan sahaja membolehkan lebih ramai isi rumah luar bandar menyertai kegiatan-kegiatan berasaskan bandar yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi tetapi juga dapat mempercepatkan proses pemodenan kawasan-kawasan luarbandar.
Objektif
Selaras dengan usaha kerajaan untuk membentuk satuDasar Urbanisasi Negara; objektif-objektif dasar yang khusus sedang dirangka. Dalam hal ini faktor-faktor berikut yang berkaitan dengan proses urbanisasi dan hubungannya dengan pembangunan ekonomi akan diambil kira:-
(i) Proses demographi dan urbanisasi.
(ii) Keadaan perkaitan yang rapat yang wujud di antara proses pembangunan sosio-ekonomi dengan proses dan pola-pola urbanisasi.
(iii) Kesan 'spatial' berikutan dengan perlaksanaan
dasar dan program di peringkat negara dan
wilayah.
(iv) Dimensi-dimensi khusus dari segi proses
perbandaran.
(v) Peralatan-peralatan dasar (Policy Instrument)
yang telah dirangka untuk mencapai matlamat
DEB.
Strategi Pelaksanaan
Dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan negara melalui proses pembangunan bandar yang dirancang dan dikenalpasti maka kerajaan telah merangka beberapa strategi khusus.
Di antaranya ialah:
(i) Mempastikan pembangunan bandar dengan lebih
seimbang dari segi pembangunan fizikal,
susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan
bandar melalui pengurusan sumber yang lebih
cekap seperti tanah, pengangkutan, perumahan,
tenaga manusia dan infrastruktur sosial.
(ii) Mempercepatkan proses pembandaran di kawasan
luarbandar dengan cara melibatkan peneroka-
peneroka di sekim pembangunan tanah dan
penduduk-penduduk di kawasan in-situ dalam
kegiatan-kegiatan ekonomi bandar melalui
perkembangan perkhidmatan, perdagangan dan
runcit serta industri-industri kecil.
Penyertaan tersebut adalah bertujuan untuk
mengurangkan pengaliran pendapatan kekawasan
lain dan juga untuk menerapkan unsur-unsur
unsur-unsur pembangunan bagi mempergiatkan
ekonomi tempatan.
(iii) Mempastikan pembangunan secara teratur di
pusat-pusat bandar yang sedia ada dengan
mengambilkira keadaan tempatan. Selaras
dengan tujuan ini pelan-pelan struktur
bagi pusat-pusat utama dan pelan-pelan
tempatan bagi kumpulan-kumpulan pusat-pusat
bandar kecil akan disediakan. Pelan-pelan ini
akan menjadi garispanduan bagi pembangunan
dan pembaharuan semula bandar di samping
meningkatkan kecekapan dalam perancangan-
perancangan kawasan-kawasan bandar.
(iv) Mempercepatkan pembangunan bandar didalam
kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah
dengan cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan
memperluaskan liputan dan bidang penglibatan
sektor swasta selaras dengan usaha menggalak-
kan pembangunan kegiatan-kegiatan bandar
terutamanya pembinaan, pembuatan dan
perkhidmatan dalam kawasan-kawasan pembangun-
an wilayah berkenaan.
(v) Memperkenalkan konsep memperbandarkan
kampong-kampong dengan cara pengelompokan
kampong-kampong kecil yang terletak berdekat-
an bagi dijadikan bandar kecil atau pusat
pembangunan desa di mana kegiatan-kegiatan
perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian
secara komersial dapat diwujudkan.
Pencapaian
Sungguhpun pencapaian dari segi pelaksanaan dasar
dan masalah yang berbangkit tidak dapat ditukarkan oleh
kerana dasar urbanisasi negara yang komperhensif masih
dalam peringkat persediaan, beberapa pencapaian telah
dihasilkan berikutan daripada perlaksanaan strategi
pembangunan bandar tertentu sepertimana yang telah
dihuraikan di atas.
Dalam usaha untuk mewujudkan pembangunan yang lebih
seimbang terutama dari segi pembangunan fisikal,
susunan kaum dan penyertaan dalam kegiataan-kegiataan
ekonomi perbandaran, Kerajaan telah dapat mewujudkan
lapan Lembaga Kemajuan Wilayah di kawasan-kawasan
pinggiran yang kurang maju (frontier regions) dan tidak
kurang daripada 32 kawasan projek pembangunan pertanian
secara berpadu (IADP'S) di kawasan-kawasan tradisional (traditional agriculture areas.)
Kesan daripada kejayaan pelaksanaan usaha-usaha ini
telah dicerminkan oleh peningkatan kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) di semua negeri.
Walaubagaimanapun strategi kerajaan untuk
mempercepatkan pembangunan bandar di dalam
kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah agak kurang
berjaya. Walaupun 30 daripada 36 buah bandar baru
telah dapat diwujudkan, bilangan penduduk di
bandar-bandar ini pada akhir tahun 1983 hanya berjumlah
89,400 orang. Ini merupakan hanya 30.3% daripada
matlamat yang ditetapkan untuk sehingga 1985. Strategi
kerajaan untuk membandarkan kawasan-kawasan luarbandar
terutama di rancangan-rancangan Felda dan
kawasan-kawasan In-Situ yang mundur, juga kurang
berjaya. Walaupun bilangan penduduk di kawasan-kawasan
ini tidak menjadi masalah tetapi usaha untuk meluaskan
kegiatan ekonomi perbandaran seperti perkembangan
perkhidmatan, perdagangan dan runcit serta
industri-industri kecil amat terbatas. Ini menyebabkan
pengaliran keluar pendapatan di samping tenaga pekerja
ke lain-lain kawasan terutama ke bandar-bandar yang
sedia ada.
Sebagai satu usaha untuk membaiki keadaan ini
kerajaan telah membentuk satu strategi yang baru iaitu
'Halacara Baru Dalam pembangunan Kampong dan
Luarbandar'. Usaha ini melibatkan pembentukan
pusat-pusat pembangunan desa melalui proses penyatuan
kampong-kampong yang berdekatan di samping menggalakkan
penyatuan tanah-tanah pertanian yang tidak ekonomik
dari segi saiz dan pertumbuhan industri-industri kecil
kampong. Setakat ini kerajaan telah pun mengenalpasti
sebanyak 27 kampong terutama di negeri-negeri kurang
maju untuk melaksanakan program ini.
Selaras dengan usaha untuk mempastikan wujud
pembangunan secara teratur di bandar-bandar yang sedia
ada kerajaan telah mengenalkan konsep 'Pelan Struktur'
dan 'Pelan Tempatan' (Akta Perancang Bandar dan Desa,
1976). Setakat ini banyak bandar-bandar besar seperti
Kuala Lumpur,Ipoh, Johor Bharu, dan Kota Bharu telah
mempunyai pelan strukturnya sendiri.
PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990
Oleh kerana Dasar Urbanisasi Negara tidak mempunyai
program yang khusus dan menyeluruh maka sukar untuk
kita mengukur dengan tepat prestasi perlaksanaannya.
Dalam mengukur prestasi proses urbanisasi dua aspek
di ambil kira iaitu :- 1. Penyusunan Semula Masyarakat
(i) Perlaksanaan pembangunan bandar masih lagi tertumpu di bandar-bandar utama sahaja di mana banyak peluang-peluang pekerjaan diwujudkan. Akibatnya bumiputera ketinggalan dalam persaingan dengan bukan bumiputera yang sememangnya telah menguasai kependudukan dan ekonomi bandar-bandar utama. Dengan ini perseimbangan kaum dalam pembahagian ekonomi dan penyusunan masyarakat tidak tercapai.
(ii) Peningkatan penduduk di kawasan bandar telah bertambah dari 28.6% pada tahun 1970 kepada 37.5% pada tahun 1980 dan dijangka akan meningkat 44.7% pada dekad 90. Dari peratus pertambahan ini, bumiputera telah bertambah sebanyak 14%.
(iii) Hasil dari penghijrahan penduduk bandar dan perluasan pengkelasan semula sempadan bandar saiz sederhana seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Taiping, penduduk bandar telah meningkat 23% lebih cepat dari penduduk luar bandar.
(iv) Sehingga akhir tahun 1985, pelan-pelan struktur bagi Kuala Lumpur dan Johor telah disediakan, sementara itu 12 lagi pelan-pelan struktur di antaranya pelan struktur Seberang
Perai, Seremban, Kuala Terengganu dalam peringkat penyediaan.
(v) Strategi pembangunan bandar baru di kawasan di Lembah Kemajuan Wilayah juga didapati
kurang berjaya. Peluang pekerjaan yang bukan pertanian hanya sedikit sahaja dapat diwujudkan di kawasan-kawasan bandar baru. Begitu juga dengan pertumbuhan penduduk, hingga akhir tahun 1985 penduduk bandar baru kurang 1/3 daripada penduduk bandar keseluruhannya.
(vi) Dalam usaha UDA untuk menyusun semula masyarakat melalui program pembangunan semula, UDA telah berjaya membangunkan semula beberapa kawasan bandar seperti kawasan Bangsar Utama, kawasan Jalan Raja Abdullah dan juga kawasan Tanjung Tokong dan Bukit Jambul di Pulau Pinang. 2. Pengagihan dan Perseimbangan Ekonomi (i) Sumbangan ekonomi bandar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah meningkat dari 66% pada tahun 1970 kepada 70% pada tahun 1980. Pertumbuhan ini dijangka akan meningkat melebihi 70% pada dekad 90. Jelas terbukti ekonomi bandar telah memberi sumbangan besar kepada KDNK.
(ii) Sehingga akhir tahun 1988, hasil perangkaan dibuat menunjukkan bahawa hampir keseluruhan ekonomi bandar tertumpu di beberapa kawasan bandar utama seperti Butterworth dan Pasir Gudang. Ini menunjukkan pengagihan ekonomi bandar dan luar bandar tidak berlaku secara seimbang.
(iii) Secara keseluruhannya, pendapatan di antara bumiputera dengan bukan bumiputera dalam
sektor pembuatan, pembinaan, perniagaan, kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan
masih menampakan perbezaan yang ketara. Pendapatan min bumiputera adalah lebih rendah dari pendapatan min bukan bumiputera.
(v) Ketidakseimbangan juga wujud di antara wilayah. Wilayah-wilayah yang sedia maju seperti Wilayah Persekutuan dan Selangor masih mempunyai KDNK per kapita yang tinggi jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah lain seperti Wilayah Utara atau Wilayah Timur.
(v) Dalam hal mengseimbangkan ekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera, proses urbanisasi telah berjaya menambah pemilikan equiti bumiputera dalam sektor koporat dari
tahun 1970 - 1988 sebanyak 17% sementara bukan bumiputera sebanyak 21.7%.
Penutup
Pembangunan bandar yang ada dan yang akan diadakanselaras dengan usaha pembentukan satu Dasar Urbanisasi Negara yang komprehensif amatlah penting bagi menjaminpencapaian kepada matlamat pembangunan negara. Hasratkerajaan ialah untuk mempastikan supaya prosesurbanisasi, corak dan tahap pembangunan matlamat DEBsecara lebih berkesan lagi.
Setelah melihat perkembangan ekonomi dan pengaruhkependudukan membuktikan bahawa satu dasar urbanisasiyang komprehensif haruslah dilaksanakan dengan segerauntuk mencapai matlamat pembangunan negara dan DEB.Tanpa dasar yang lengkap akan menyebabkan pertumbuhan bandar yang tidak seimbang dan seterusnya tidakmembantu pembangunan negara sepenuhnya. Penumpuan aktiviti sosioekonomi di beberapa bandar tertentu sahaja juga akan merugikan penduduk bumiputera yangkebanyakannya tinggal di luar bandar.