1.0 Pengenalan
Pada 1 hingga 3 September 2007 yang lalu, kami telah menyertai suatu kerja lapangan di Kota Tinggi, Johor. Kumpulan kami telah memilih tajuk Impak banjir keatas kemudahan infrastuktur di sekitar kawasan Kampung Tembioh, Kampung Kelantan dan juga beberapa kawasan perumahan yang berhampiran dengan Bandar Kota Tinggi. Kawasan tersebut meliputi Taman Kota Jaya, Taman Mawai Jaya dan….. Dalam kertas kerja ini, kami akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai hasil penemuan yang berjaya kami perolehi sepanjang kerja lapangan tersebut.
2.0 Latar belakang responden
Daripada hasil kajian kami, seramai 50% responden yang berjaya ditemui adalah terdiri daripada penduduk Kampung Tembioh, 35% lagi adalah penduduk dari Kampung Kelantan dan selebihnya iaitu seramai 15% lagi tinggal di lain-lain tempat yang berhampiran dengan Bandar Kota Tinggi.
Majoriti responden yang kami temui terdiri daripada bangsa Melayu iaitu sebanyak 80%. Manakala 20% responden lagi terdiri daripada bangsa India. Responden-responden ini kebanyakkannya menyatakan kisah sedih mereka berhubung dengan pengalaman banjir yang lepas. Kami telah cuba sedaya upaya untuk tidak membawa mereka mengimbau kembali mimpi ngeri berkenaan. Kami cuba menumpukan kepada fokus kajian kami berkenaan impak banjir keatas keadaaan kemudahan infrastruktur.
Responden yang bekerja di syarikat swasta mencatatkan peratusan terbesar iaitu sebanyak 40%. Suri rumah mencatatkan peratusan sebanyak 25%. Responden yang bekerja di sektor awam pula sebanyak 15%. Manakala bagi pekerjaan sebagai peniaga atau yang telah pencen masing-masing mencatatkan sebanyak 10%. Berfokuskan kepada kajian kami iaitu kemudahan infrastruktur, kami mendapati kemudahan infrastruktur seperti longkang, jalan raya dan sungai ada terdapat di semua kawasan kajian.
Jika dilihat kepada jumlah isi rumah bagi setiap responden, majoriti responden yang berjaya kami selidik mempunyai ahli keluarga antara 4 hingga 6 orang iaitu mewakili 50% responden. Responden yang memiliki ahli keluarga antara 7 hingga 9 orang pula mencatatkan peratusan sebanyak 40%. Manakala responden yang memiliki ahli keluarga 1 hingga 3 orang dan 10 hingga 12 orang, masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 5 %.
Kebanyakkan keadaan infrastruktur di kawasan-kawasan yang dikaji musnah teruk. Jalan raya rosak dan berlubang. Keadaan turapan jalan juga sudah rosak teruk. Kebanyakkan longkang yang ditemui di kawasan yang terlibat pula tersumbat dan ada juga yang pecah selepas berlakunya banjir. Hal ini berbeza sekali dengan keadaan sebelum banjir seperti yang dilaporkan oleh kebanyakkan responden. Mereka menyatakan kemudahan infrastruktur berada dalam keadaan baik sebelum berlakunya banjir. Keadaan sebelum banjir amat berbeza sekali dengan apa yang dilihat sekarang.
80% responden menyatakan bahawa kemudahan infrastruktur telah dan sedang diperbaiki oleh pihak yang bertanggungjawab. Banyak longkang telah dibina baru dan diperdalamkan serta satu projek besar sedang dijalankan bagi mendalamkan sungai Johor dengan cara menyedut pasir. Pasir yang disedut akan disalurkan kepada Pejabat Tanah untuk diuruskan. Hasil ini seterusnya akan menjadi sumber kerajaan negeri.
Terdapat juga responden yang kami temui berpuas hati dan tidak berpuas hati dengan kerja membaik pulih yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab. Bagi responden yang berpuas hati, mereka menganggap kemudahan infrastruktur yang dibaiki memenuhi kehendak mereka. Contohnya projek membaikpulihkan sungai. Sungai di Kota Tinggi telah diperdalamkan supaya keadaan aliran air lebih baik daripada sebelumnya. Manakala responden yang tidak berpuas hati dengan kerja-kerja ini menyatakan bahawa kemudahan longkang yang sepatutnya diperbesarkan lagi daripada sebelumnya supaya air mudah mengalir dan tidak tersumbat.
Dari segi kemusnahan yang dialami oleh setiap responden, kebanyakkannya mencecah hampir ratusan ribu ringgit yang melibatkan rumah, kenderaan, peralatan rumah, ternakan dan hasil pertanian bagi mereka yang mempunyai kebun. Kebanyakkan responden yang berjaya kami temubual menyatakan pendapat tentang fenomena banjir ini berlaku disebabkan oleh hujan yang tidak henti-henti, seterusnya menyebabkan paras air meningkat lalu membanjiri Bandar Kota Tinggi.
Keadaan banjir ini menjadi lebih teruk apabila tiga loji yang terdapat di kawasan berhampiran dengan Bandar Kota Tinggi tidak dapat air lagi lantaran hujan yang mencurah-curah terlalu lama. Loji yang dimaksudkan ialah loji Semanga, loji PUB dan Loji Ling Yu. Kesan hujan yang terlalu lama ini menjadikan paras air di kesemua loji ini mencapai paras merbahaya. Keadaan ini memaksa pihak berkuasa untuk melepaskan sebahagian air daripada loji tersebut bagi mengelakkan daripada ia pecah.
Ada juga responden yang menyatakan bahawa punca sebenar banjir tidak disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembangunan, tetapi berpunca daripada hujan yang tidak henti-henti selama beberapa hari dan juga bencana alam.
3.0 Data sekunder
Selain daripada data premier, kami juga mendapat maklumat sekunder daripada beberapa agensi kerajaan yang menguruskan banjir. Kami telah berjaya menemubual seorang pegawai dari Majlis Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Zainuddin bin Zainal Abidin. Beliau merupakan Penolong Pegawai Tadbir yang memberi taklimat berkaitan gambaran banjir yang telah melanda keseluruhan Bandar Kota Tinggi pada akhir tahun 2006 dan banjir kedua pada awal tahun 2007 yang lalu. Menurut beliau, banjir tersebut melanda dalam dua situasi berbeza daripada yang sebelumnya, iaitu kawasan yang terlibat dengan banjir kali ini ada juga yang tidak pernah banjir sebelum ini. Selain itu, banjir pada hujung tahun 2006 dan awal tahun 2007 yang lepas juga lebih dalam daripada banjir yang pernah dialami penduduk pada tahun-tahun sebelumnya. Beliau juga telah memberi serba sedikit maklumat tentang bantuan yang telah dihulurkan kepada mangsa banjir yang terlibat di seluruh daerah Kota Tinggi. Pihak Majlis Daerah juga telah menyediakan pusat pemindahan sementara kepada mangsa banjir. Bantuan lain juga turut diberikan yang berupa pampasan mengikut paras air, iaitu sebanyak RM1100 dan penduduk dikawasan perumahan diberikan sebanyak RM700 bagi setiap keluarga. Bagi golongan peniaga pula, mereka akan disalurkan bantuan ehsan oleh badan-badan yang bertanggungjawab.
Beliau juga menyatakan ada pihak yang mengambil kesempatan dimana mereka telah melakukan penipuan dengan cara mendaftar namanya di semua pusat pemindahan banjir sedangkan dia hanya tinggal di satu kawasan sahaja dan ada juga yang mendaftarkan nama semua ahli keluarga sedangkan mereka tidak tinggal di kawasan yang terlibat dengan banjir. Hal ini dibuktikan dengan pada mulanya dianggarkan bantuan berjumlah RM13 ribu, tetapi apabila membuat penyiasatan didapati hanya berjumlah RM8 ribu sahaja bantuan untuk siri kedua. Keadaan ini jelas membuktikan ada penerima bantuan yang sepatutnya tidak layak menerima telah menerima bantuan dengan cara penipuan.
Selain daripada aspek bantuan, beliau juga menyatakan berlakunya kerosakan yang teruk terhadap kemudahan infrastruktur yang ada. Ekoran daripada keadaan itu, banyak projek pembaikan serta pemulihan telah dilancarkan. Terutamanya projek mendalamkan sungai Johor yang memakan belanja berjumlah RM70 juta. Projek ini melibatkan sungai Johor yang sepanjang 13km bermula dari Bandar sehingga ke hulu sungai.
about me
hi!!!!
Isi kandungan
- hasil kajian (6)
- Kajian banjir (1)
- Urbanisasi (1)
Tuesday, October 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment