about me

about me
hi!!!!

Isi kandungan

Thursday, August 30, 2007

Borang soal selidik

Berikut merupakan borang kajian soal selidik yang akan ditanya kepada penduduk-penduduk di kampung tersebut.
A) Latar belakang
1. Di manakah tempat tinggal anda?
a) Kampung Kelantan
b) Kampong Tembioh
c) Kampung Panti
2. Apakah bangsa anda?
a) Melayu
b) Cina
c) India
d) Lain-lain, nyatakan………………….
3. Apakah jenis pekerjaan anda?
………………………………….
4. Berapakah bilangan ahli keluarga?
………………………………….
B) Keadaan infrastruktur: Sebelum dan selepas banjir.
1. Apakah kemudahan infrastruktur yang ada di kampung ini?
.......................................................................................................................
2. Sejauh manakah keadaan infrastruktur di kampung-kampung terlibat musnah?
........................................................................................................................
3. Bagaimanakah keadaan saliran sungai dan longkang sebelum berlakunyakejadian banjir?……………………………………………………………………………..
4. Bagaimana pula dengan keadaan jalan raya di kampung ini?………………………………………………………………………………
5. Adakah kemudahan-kemudahan infrastruktur yang terdapat di kampungini telah mengalami proses pembaikkan?
……………………………………………………………………………...
6. Bagaimanakah keadaan insfratruktur di kampung ini setelah dibaiki? Adakah anda berpuas hati?
…………………………………………………………………………........
7. Berapa besarkah kemusnahan yang dialami penduduk kampung?
........................................................................................................................
8 Apakah pendapat anda tentang fenomena banjir yang berlaku?…………………………………………………………………………........
9. Adakah berlakunya pembangunan di kampung ini yang boleh dianggapsebagai punca kejadian banjir?
…………………………………………………………………………...

Tinjauan awal

TINJAUAN AWAL UNTUK KAJIAN LAPANGAN BANJIR DI KOTA TINGGI
Satu tinjauan awal telah dilakukan pada 2-3 Ogos 2007 yang lalu di sekitar daerah Kota Tinggi, Johor. Rombongan tersebut telah disertai oleh semua ahli jawatankuasa dan ketua kumpulan kerja lapangan bagi kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar dan kursus Demografi dan Kependudukan. Aktiviti ini memakan masa selama 1hari.
Tinjauan awal ini dilakukan bertujuan untuk mendapat gambaran awal perkembangan banjir di daerah Kota Tinggi pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007. Seperti yang telah diketahui umum, negeri Johor telah mengalami dua bencana banjir yang teruk iaitu pada pertengahan Disember 2006 dan Januari 2007.
Rombongan berpecah dalam dua kumpulan dengan kumpulan 1 meninjau daeri sudut demografi manakala sebuah kumpulan lagi melihat dari sudut urbanisasi dan pembangunan Bandar.. Kumpulan ini diketuai oleh Prof. Dr. Hamzah bin Jusoh.
Kajian awal ini bertujuan untuk mengenal pasti punca, impak banjir ke atas penduduk dan perkembangan Bandar di Kota Tinggi. Kami menginap di Nasha Hotel selama semalaman. Pagi, kami telah menemubual penduduk kampung untuk mendapat maklumat awal berkenaan banjir besar yang telah melanda kampung mereka amnya. Ramai penduduk yang masih dalam keadaan trauma terhadap banjir, malah ada antara mereka yang berada dalam ketakutan apabila hujan turun sepanjang hari. Mereka sudah mula memikirkan banjir besar bakal berlaku.

Namun, ada juga penduduk yang menganggap kejadian banjir yang berlaku adalah ujian daripada Allah kepada hamba-Nya. Pada sebelah petang pula, kami telah berjaya menemu bual pegawai daerah Kota Tinggi dan ketua kampung Tembioh yang bertanggung jawab dalam operasi banjir. Kami juga berjaya menemu bual penduduk kampung yang terlibat. Kami turut dibawa meninjau kawasan terlibat iaitu sekitar Kampung Kelantan, Kampung Tembioh, dan Kampung Panji sambil mendengar taklimat yang diberikan oleh ketua kampung. Kami berharap agar maklumat hasil daripada tinjauan awal ini dapat digunakan untuk menyiapkan kertas kerja bagi kerja lapangan bermula 1 September 2007 ini.

Monday, August 20, 2007

Pengenalan kisah banjir di Johor

Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir pada Disember 2006 dan Januari 2007. Hubungan melalui jalan darat dari semua daerah ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus. Seramai kira-kira 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan sangat terhad. Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 tetap berjalan seperti biasa dan kerajaan Malaysia telah memberi bantuan penuh uniform sekolah kepada mereka yang terlibat. Kebanyakan mangsa sukar untuk mendapatkan bekalan air besih dan sumber elektrik. Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan melalui air semakin meningkat. Malah, apa yang lebih teruk lagi ialah kes kecurian yang banyak dilaporkan berlaku selepas banjir mulai surut. Kesan banjir yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir amat memilukan. Kebanyakkan mereka mengalami kerugian beribu-ribu ringgit.