TINJAUAN AWAL UNTUK KAJIAN LAPANGAN BANJIR DI KOTA TINGGI
Satu tinjauan awal telah dilakukan pada 2-3 Ogos 2007 yang lalu di sekitar daerah Kota Tinggi, Johor. Rombongan tersebut telah disertai oleh semua ahli jawatankuasa dan ketua kumpulan kerja lapangan bagi kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar dan kursus Demografi dan Kependudukan. Aktiviti ini memakan masa selama 1hari.
Tinjauan awal ini dilakukan bertujuan untuk mendapat gambaran awal perkembangan banjir di daerah Kota Tinggi pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007. Seperti yang telah diketahui umum, negeri Johor telah mengalami dua bencana banjir yang teruk iaitu pada pertengahan Disember 2006 dan Januari 2007.
Rombongan berpecah dalam dua kumpulan dengan kumpulan 1 meninjau daeri sudut demografi manakala sebuah kumpulan lagi melihat dari sudut urbanisasi dan pembangunan Bandar.. Kumpulan ini diketuai oleh Prof. Dr. Hamzah bin Jusoh.
Kajian awal ini bertujuan untuk mengenal pasti punca, impak banjir ke atas penduduk dan perkembangan Bandar di Kota Tinggi. Kami menginap di Nasha Hotel selama semalaman. Pagi, kami telah menemubual penduduk kampung untuk mendapat maklumat awal berkenaan banjir besar yang telah melanda kampung mereka amnya. Ramai penduduk yang masih dalam keadaan trauma terhadap banjir, malah ada antara mereka yang berada dalam ketakutan apabila hujan turun sepanjang hari. Mereka sudah mula memikirkan banjir besar bakal berlaku.
Namun, ada juga penduduk yang menganggap kejadian banjir yang berlaku adalah ujian daripada Allah kepada hamba-Nya. Pada sebelah petang pula, kami telah berjaya menemu bual pegawai daerah Kota Tinggi dan ketua kampung Tembioh yang bertanggung jawab dalam operasi banjir. Kami juga berjaya menemu bual penduduk kampung yang terlibat. Kami turut dibawa meninjau kawasan terlibat iaitu sekitar Kampung Kelantan, Kampung Tembioh, dan Kampung Panji sambil mendengar taklimat yang diberikan oleh ketua kampung. Kami berharap agar maklumat hasil daripada tinjauan awal ini dapat digunakan untuk menyiapkan kertas kerja bagi kerja lapangan bermula 1 September 2007 ini.
about me
hi!!!!
Isi kandungan
- hasil kajian (6)
- Kajian banjir (1)
- Urbanisasi (1)
Thursday, August 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment